Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa 2025 Peringkat UiTM Cawangan Melaka

Event

Title:
Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa 2025 Peringkat UiTM Cawangan Melaka
When:
Mon, 9. June 2025, 08:00 h - Fri, 13. June 2025, 17:00 h
 Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa 2025 Peringkat UiTM Cawangan Melaka

Description

 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Prof. Emeritus/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR UiTM Cawangan Melaka ingin menjemput warga UiTM Cawangan Melaka ke Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa 2025 Peringkat UiTM Cawangan Melaka pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Jun 2025 - 13 Jun 2025 (Isnin - Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi : PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Peserta : Terbuka kepada warga UiTM Cawangan Melaka
 
Untuk makluman Sambutan Hari Pustakawan dan  Hari Arkib Antarabangsa 2025 Peringkat UiTM Cawangan Melaka ini adalah bertujuan untuk memartabatkan bidang dan profesional pengurusan maklumat ke peringkat yang lebih tinggi dengan meraikan nilai yang diberikan oleh pustakawan, pegawai arkib dan pengurus maklumat. Selain itu, meningkatkan kesedaran dikalangan warga universiti tentang kepentingan perpustakaan dan arkib untuk tadbir urus pembangunan gedung ilmu dengan baik.
 
 Apa Yang Menanti Anda?
  1. Pameran Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa
  2. Pertandingan Video Kreatif Bertema 'Sehari Di Perpustakaan'
  3. PTAR Fun Run 2025
  4. Taklimat Pengurusan Rekod Universiti
  5. Bicara Penulis - Dari Halaman Ke Hati
  6. Celik Pustaka@PERPUSTAM
  7. Scavenger Hunt: Search | Explore | Discover
  8. Pelancaran Sudut Karya Agung

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!
 
Sertai kami dan raikan peranan pustakawan dalam dunia ilmu dan maklumat. Jumpa anda di sana!

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Perpustakaan di talian: 06-5582080 atau Unit Arkib di Whatsapp Business: http://www.wasap.my/+6065582081.

#haripustakawan2025
#hariarkib2025
#ptaruitmmelaka


Venue

Location:
PTAR, Melaka