Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Perpustakaan UiTM Raih Pengiktirafan Antarabangsa dalam Emerald Awards 2025

11 Jun 2025 | Kuala Lumpur – Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus meneguhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila menerima pengiktirafan berprestij daripada Emerald Publishing sempena Emerald Conference 2025 yang telah berlangsung pada 10 Jun 2025 di Pullman Kuala Lumpur City Centre.

Dalam majlis penganugerahan tersebut, Perpustakaan UiTM telah meraih pencapaian cemerlang dalam dua kategori utama:

  1. 🥈 Tempat Kedua – Top 20 Worldwide High Usage Award 2025, dengan jumlah 523,285 muat turun artikel dalam pangkalan data Emerald e-Journal bagi tahun 2024.

  2. 🥇 Tempat Pertama – Malaysia High Usage Award 2025, atas rekod penggunaan yang sama, menjadikan UiTM sebagai pengguna tertinggi di Malaysia bagi platform tersebut.

Turut membanggakan, Research Management Centre (RMC) UiTM turut menerima:

  • 🏅 Tempat Keempat – Malaysia High Research Output Award 2025, menerusi 62 artikel yang diterbitkan oleh 89 penyelidik UiTM dalam pangkalan data Emerald.

Emerald Awards merupakan pengiktirafan antarabangsa tahunan yang diberikan kepada institusi yang menunjukkan prestasi luar biasa dari segi penggunaan sumber elektronik dan penghasilan penyelidikan akademik sepanjang Januari hingga Disember.

Kejayaan ini menjadi bukti kukuh terhadap komitmen Perpustakaan UiTM dalam menyokong ekosistem pembelajaran dan penyelidikan universiti, di samping memperkukuh reputasinya sebagai pusat sumber akademik bertaraf global.

Pihak perpustakaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga akademik dan penyelidik UiTM atas sumbangan bermakna yang menjadikan pengiktirafan ini satu kenyataan.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.