Pada 30 Jun 2025, satu program kreatif bertemakan “Floral Fusion: Twist & Petals” telah berlangsung dengan jayanya di PTAR UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Program ini telah disertai oleh para pelajar daripada kelas M1BA2733B dan merupakan hasil kerjasama bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM KBM.
Aktiviti utama program ini memfokuskan kepada seni kraf berasaskan bunga yang direka dengan teknik ‘twist’, menggabungkan kreativiti dan sentuhan estetik dalam penghasilan bunga-bungaan hiasan. Para pelajar berpeluang menonjolkan kemahiran seni tangan mereka sambil memperkukuh semangat kerjasama dan inovasi.
Program ini bukan sahaja mencungkil bakat seni pelajar, malah turut menyemai minat terhadap aktiviti berasaskan kesenian dan reka bentuk. Aktiviti ini turut diselitkan dengan kaedah pemasaran terhadap produk berasaskan kreativiti seperti seni kraf. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasa ekspresi kreatif dalam kalangan pelajar UiTM.