Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Meet and Greet PTAR bersama APB UiTM Cawangan Melaka

Meet and Greet PTAR bersama APB UiTM Cawangan Melaka

20 Mei 2025, Selasa - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Meet and Greet PTAR bersama Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Melaka. Program dijalankan pada 10.00 pagi, di Bangunan KPP3, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Anuar Sopian, Ketua Pusat Pengajian (KPP), Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka, bersama 3 orang staf Perpustakaan  UiTM Cawangan Melaka. 

Hasil dari sesi Meet & Greet ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus. PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Akademi Pengajian Bahasa di atas kesudian hadir di dalam sesi Meet & Greet ini. PTAR berharap inisiatif ini akan membawa manfaat yang besar kepada semua pihak terlibat dan seterusnya menyokong visi dan misi UiTM Melaka dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.