Pada 16 Jun 2025, pelajar kelas M1BA2733B dengan kerjasama PTAR UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah menganjurkan program Mock Training Onde-Onde: A Bite of Tradition di PTAR, Aras 12. Program ini bermula dari jam 2.00 petang-4.00 petang.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang penyediaan kuih tradisional Melayu, “onde-onde”.
Sepanjang program, peserta menyaksikan demonstrasi dan turut serta dalam proses membuat kuih tersebut, dari penyediaan bahan hingga ke penyajian. Aktiviti ini menggalakkan kerjasama dan kreativiti dalam kalangan pelajar.
Secara keseluruhan, program ini berjaya memupuk kemahiran praktikal dan cinta terhadap warisan budaya. Kuih ini merupakan salah satu simbol warisan budaya yang wajar dikenali dan dipelajari oleh generasi muda, terutamanya dalam usaha mengekalkan tradisi turun-temurun masyarakat Melayu. Adalah diharapkan program seperti ini diteruskan demi memperkukuh jati diri pelajar UiTM.