Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak HASA Terima Lawatan Penanda Aras Perpustakaan Hospital Dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS)

PERPUSTAKAAN PERUBATAN TUN ABDUL RAZAK HASA TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS PERPUSTAKAAN HOSPITAL DAN FAKULTI PERUBATAN & SAINS KESIHATAN (FPSK), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
 
22 Mei 2022 - Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak HASA hari ini menerima lawatan penandaarasan dari Perpustakaan Hospital dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Rombongan seramai lima orang diketuai oleh Encik Sariady Jamanih, Timbalan Ketua Pustakawan telah disambut oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan dan wakil Jabatan Komunikasi Korporat HASA. Pelbagai topik dibincangkan termasuk perkongsian ilmu dalam aspek struktur dan pengurusan organisasi, penggunaan teknologi dan kemudahan fasiliti terkini serta aspek penyediaan perkhidmatan kepada pengguna dan sokongan penyelidikan klinikal.
 
Delegasi turut di bawa melawat Jabatan Perubatan Pemulihan, Klinik Eksekutif dan Clinical Simulation Centre. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perpustakaan Hospital dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), UMS atas kesudian berkunjungan ke HASA untuk tujuan penandaarasan. Besar harapan kami agar hubungan erat yang terjalin ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.