Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Knowledge Sharing

Program Resensi Buku Bersama Pentadbir@Iqra' Corner UCS Siri 2 : Artificial Intelligence (AI)

Program Resensi Buku Siri 2 Kupas Topik AI di PTAR UCS

 

 

 Puncak Alam, 3 Julai 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Program Resensi Buku Bersama Pentadbir@Iqra' Corner UCS Siri 2 yang mengetengahkan topik Artificial Intelligence (AI), sebagai usaha memperkukuh budaya membaca dan perkongsian ilmu dalam kalangan warga kampus.

Program yang berlangsung pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ini disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube dan Facebook Live PTAR UiTM Cawangan Selangor, sekaligus membuka ruang penyertaan lebih meluas dalam kalangan warga kampus.

Sesi resensi kali ini menampilkan Encik Zamani Umar Husin, Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, UiTM Cawangan Selangor sebagai panel jemputan, manakala sesi dikendalikan oleh Saudara Ahmad Syakirin Salihin, wakil Majlis Perwakilan Pelajar dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Selangor.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik yang digariskan dalam Roadmap PTAR UCS 2025, selaras dengan agenda Knowledge Society dan kempen membaca universiti yang mensasarkan 24 naskhah bacaan setahun bagi setiap staf dan pelajar, serta penggunaan 90% sumber rujukan perpustakaan.

Antara objektif utama program ini termasuk:

  • Membudayakan amalan membaca dalam kalangan staf UiTM Cawangan Selangor.

  • Meningkatkan perkongsian ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

  • Memanfaatkan kepelbagaian ilmu serta pengalaman staf untuk meningkatkan profesionalisme.

  • Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih intelektual dan bermotivasi tinggi.

Selain menyokong pencapaian Performance Indicator (PI) universiti, program ini juga mendorong kepada pembinaan ekosistem kerja dan pembelajaran yang dinamik, inklusif, dan berorientasikan pengetahuan.

Program turut menawarkan e-merit kepada pelajar serta jam latihan kepada staf, sekaligus memberi manfaat berganda kepada semua yang terlibat. PTAR UCS komited untuk meneruskan siri resensi ini secara berkala sebagai salah satu usaha berimpak tinggi dalam mengangkat budaya membaca dalam kalangan warga universiti.