Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Bengkel Konteks Organisasi PTAR: Perkukuh Strategi Perkhidmatan Perpustakaan

11 Jun 2025 | Shah Alam – Unit Dasar dan Perancangan Strategik, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), telah menganjurkan Bengkel Konteks Organisasi pada 10 Jun 2025, sebagai inisiatif penting dalam menilai semula faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi hala tuju strategik perpustakaan.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh kefahaman terhadap aspek-aspek utama yang memberi impak kepada kualiti perkhidmatan perpustakaan, dengan pendekatan utama menggunakan Analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan Ancaman).

Antara fokus penting yang diketengahkan termasuk isu perubahan iklim (climate change) yang semakin relevan dalam operasi dan pembangunan perpustakaan masa kini. Perbincangan ini selaras dengan keperluan standard pengurusan kualiti ISO 9001:2015, yang menekankan pemahaman mendalam terhadap konteks organisasi sebagai asas kepada sistem pengurusan berkualiti.

Penganjuran bengkel ini juga merupakan langkah proaktif PTAR dalam memastikan setiap keputusan strategik berpaksikan kepada realiti semasa dan keperluan stakeholders, sejajar dengan aspirasi menjadi perpustakaan rujukan utama yang responsif dan berdaya saing.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.