Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Kerjasama bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Che Tom, Sungai Petani

12 Jun 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah melaksanakan Program Kerjasama bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Che Tom, Sungai Petani yang berlangsung dengan jayanya pada 12 Jun 2025 (Khamis) bertempat di sekolah tersebut. Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 113 orang pelajar dan berlangsung dari 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari.

Program ini memberi tumpuan kepada tiga aktiviti utama iaitu Bengkel Literasi Maklumat, Speed Reading dan Biblioterapi. Slot Literasi Maklumat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik pencarian maklumat secara berkesan serta etika penggunaan sumber digital. Seterusnya, dalam sesi Speed Reading, pelajar diperkenalkan kepada teknik bacaan pantas yang membantu mereka membaca dengan lebih cekap dan memahami isi kandungan dengan lebih pantas. Manakala slot Biblioterapi bertujuan membina kesejahteraan emosi pelajar melalui pembacaan bahan-bahan yang dapat memberikan inspirasi serta ketenangan minda.

Program ini juga menjadi medan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar serta mendekatkan institusi pengajian tinggi dengan komuniti setempat khususnya golongan pelajar sekolah menengah. Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan Perpustakaan Sultan Badlishah dalam memperluaskan impak sosial dan memperkasa budaya ilmu di luar kampus.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Azizah Khasim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (M) (KUP), Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah, yang merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas sambutan mesra serta komitmen tinggi para pelajar sepanjang program berlangsung. Beliau turut menyatakan harapan agar program seperti ini dapat diperluas ke lebih banyak sekolah demi melahirkan generasi celik maklumat dan sejahtera minda.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.